Politeknik Nilai telah menerima kunjungan mesra delegasi dari Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia (UMM) yang telah disambut mesra oleh Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria. Kunjungan ini diketuai oleh Dr. Sri Budi Cantika Yuli, SE, MM, Sekretaris Dekan Fakultas Vokasi bersama 3 orang pensyarah dan seorang alumni UMM.
Kunjungan ini adalah bertujuan untuk menjalin kolaborasi yang bertumpu kepada Program Diploma Perbankan dan Kewangan Islam, Jabatan Perdagangan, Politeknik Nilai.
 
Antara perkara yang dibincangkan adalah usahasama dalam penyelidikan, penerbitan, pertukaran pensyarah dan pelajar, pertandingan peringkat antarabangsa, webinar dan lawatan balas di antara institusi. Jutaan terima kasih buat semua delegasi Universitas Muhammadiyah Malang, Indonesia atas kesudian hadir dan berkunjung ke Politeknik Nilai. Ucapan terima kasih juga buat Tuan Pengarah & Barisan Pengurusan Politeknik Nilai, Ketua-Ketua Program dan para pensyarah serta Unit Pengantarabangsaan, Politeknik Nilai atas dalam memastikan kelestarian kolaborasi aktif bersama institusi antarabangsa.