PENYERAHAN PRODUK INOVASI SEMI AUTO CURRYPUFF CRIMPING MACHINE
Satu program penyerahan produk inovasi di aplikasi tahun 2024 'Semi Auto Currypuff Crimping Machine' kepada industri Intaz Entreprise telah berlangsung. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan (UPIK) Politeknik Nilai, Dr. Ahmad Razimi bin Mat Lazim disertai bersama Pegawai Inovasi, Ts. Dr. Kamsidi @ Abd Malek bin Sidek, Pegawai Pengkomersialan, Dr. Nor Rahimy binti Khalid dan Penyelaras Projek Pelajar, Ts. Dr. Mazita binti Mat Ali. Turut bersama adalah Penyelia Projek produk iaitu Pn. Rosliza binti Hasan dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berserta 3 orang pelajar dari Diploma Kejuruteraan Mekatronik.
Pihak industri diwakili sendiri oleh En. Shamsunizam bin Abu Bakar, Pengurus Intaz Frozen Food Entreprise telah menerima produk tersebut untuk diguna pakai bagi tujuan pembuatan produk karipap. Diharapkan sesi kerjasama di antara industri dan Politeknik akan diteruskan lagi pada masa hadapan.
- Details
- Hits: 534