Mesyuarat Perbincangan Industry on Campus (IOC) bersama Winning Bio Sdn Bhd dan Politeknik Nilai telah dihadiri oleh Tuan Pengarah, Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria bersama Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri, LAr. Dr. Fara Diba binti Badrul Hisham, Ketua Jabatan Perdagangan, wakil Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Ketua Unit Keusahawanan, wakil Ketua Pusat Korporat, Hubungan Industri dan Kebolehpasaran (CISEC), wakil Ketua Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan, wakil Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan, Ketua Unit Khidmat Pengurusan, Penyelaras IOC JAB serta wakil Ketua Program Diploma dan pensyarah Hortikultur Landskap. Pihak industri yang hadir adalah Chairman Winning Bio Sdn Bhd, Datuk Ibrahim bin Saad, Chief Executive Officer (CEO) Pn. Umairah binti Husni, Chief Operating Officer (COO) En. Thariq bin Husni dan Chef Business Officer (CBO) Mr. Patrick Zweep. Mesyuarat telah berlangsung di Bilik Raflesia bermula jam 3.30 petang dan berakhir jam 5.00 petang.
 
Perbincangan adalah mengenai cadangan kolaborasi antara Winning Bio Sdn Bhd bersama Politeknik Nilai bagi memperkasa teknologi Hortikultur Landskap Politeknik Nilai melalui pelaksanaan IOC Penanaman Strawberi Aplikasi Teknologi Tanaman Pintar Bersepadu Smart Progressive Agritour System (SPAS) – South Korea based on K-Smart Farm for Korea Strawberry. Matlamat perkongsian simbiotik pihak industri ini adalah untuk pembangunan bakat dan tenaga kerja masa hadapan melalui pemindahan teknologi, konsultansi, penyelidikan dan latihan dalam bidang bagi memenuhi keperluan industri dan pembangunan negara.