Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Nilai telah menganjurkan Program Persijilan Profesional bertajuk Google Certified Educator Level 1 selama 5 hari bertempat di Makmal CAD 2, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Nilai.
 
Program ini bertujuan untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran PPPT dengan kemahiran yang relevan seiring dengan keperluan semasa serta teknologi terkini dalam penyampaian pendidikan bertaraf antarabangsa. Peserta yang berjaya melepasi Tahap 1 akan melayakkan diri untuk mengikuti Pentauliahan bagi Persijilan Profesional: Google Certified Educator Level 2.
 
Diharapkan melalui kursus ini peserta dapat meningkatkan kaedah serta mutu pendidikan secara lebih kreatif dan berinovasi.