BUAL BICARA “HALAL AND GREEN IN RETAILING”
Program Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM) telah menganjurkan Program Bual Bicara “Halal and Green in Retailing” bertempat di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Nilai. Program ini menampilkan dua orang penceramah jemputan yang berkelayakan dalam bidang halal dan peruncitan hijau. Slot pertama telah disampaikan oleh Puan Saadiatul binti Ibrahim, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan pengisian berkaitan Sustainable Development Goals (SDG).
Manakala Slot kedua pula oleh Prof. Dr. Che Wan Jasimah binti Wan Mohamed Radzi, Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Universiti Malaya (UM) bertajuk Isu Terkini Tentang Makanan Halal di Pasaran. Program ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan pelaksanaan hijau dalam perniagaan dan kehidupan harian serta peranan peruncit dalam aspek halal dan amalan pemakanan sihat. Program ini juga bertujuan mencapai Course Learning Outcome (CLO) bagi kursus DPR 50103 Current Issues in Retailing.Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar semester 5 Program Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM), Jabatan Perdagangan dan dihadiri oleh seramai 143 orang pelajar DRM semester 1 hingga 6 serta para pensyarah DRM.
- Details
- Hits: 442