Pusat Pengurusan Strategik
Pengenalan
Pengenalan
Unit Jaminan Kualiti (UJK) PNS telah ditubuhkan pada tahun 2014. Pada tahun tersebut PNS memperolehi pensijilan MS ISO 9001: 2008 di bawah SIRIM International Sdn Bhd. Seterusnya, pada tahun 2018 UJK telah dinamakan sebagai Unit Dasar & Jaminan Kualiti (UDJK). Fungsi serta peranan unit ini menjadi lebih besar dalam memartabatkan kecemerlangan kualiti di PNS. Pada tahun tersebut, PNS telah berjaya dalam pensijilan QAS SIRIM bagi MS ISO 9001: 2015 dengan skop penyediaan perkhidmatan pendidikan di peringkat diploma dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan. Seterusnya, pada Februari 2021, UDJK dinamakan sebagai Pusat Pengurusan Strategik (PPS) seterusnya memberi satu peranan yang lebih besar dalam memperkasakan sistem pengurusan kualiti dan akreditasi, pengurusan risiko disamping memantapkan lagi pengurusan strategik PNS.
Fungsi / Peranan
PPS adalah sebuah pusat yang bertanggungjawab untuk menyelaras perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti PNS, mengkoordinasi Akreditasi Program-program (ETAC, MBOT dan MQA) merancang dan mengurusetiakan perlaksanaan dasar dan polisi serta menyelaras pencapaian KPI JPPKK dan menyelaras serta memudahcara pembentukan Pelan Strategik atau Pelan Tindakan PNS.
Skop Pensijilan Sistem Pengurusan Kualiti
Politeknik Nilai melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di peringkat diploma dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan, Agroteknologi dan Bio-Industri bagi memenuhi visi dan misi penubuhan politeknik dan memenuhi kehendak negara yang berasaskan piawaian MS ISO 9001: 2015.
Quality is everyone’s responsibility (Demind, W.Edwards)
- Details
- Hits: 3284