UNIT LATIHAN DAN PENDIDIKAN LANJUTAN
Pusat Pembangunan Kompetensi (PPK) bertanggungjawab merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Nilai (PNS),demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkat dengan lebih berkesan dan memenuhi standard.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2005
DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dasar, Objektif Dan Strategi Latihan
Menyedari pentingnya usaha-usaha pembangunan sumber manusia dalam sektor awam, Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam telah ditetapkan iaitu setiap anggota perkhidmatan awam perlu melengkapkan diri / dilengkapkan dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang bersesuaian, melalui program pembangunan sumber manusia yang terancang yang berteraskan pembangunan kompetensi dan pembelajaran berterusan.
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam digubal untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Menyediakan anggota yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
2. Mencapai hasil kerja yang berkualiti / bermutu tinggi;
3. Meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
4. Membentuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif;
5. Mewujudkan nilai cipta (value–creation) dan nilai tambah (value– added) di dalam sektor awam;
6. Menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya.
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam dilaksanakan dengan menggunakan strategi-
strategi berikut :
1. Setiap Kementerian / Jabatan hendaklah menyediakan peruntukan tahunan bersamaan sekurang-kurangnya satu peratus (1%) daripada peruntukan emolumen untuk tujuan latihan
2. Setiap Ketua Setiausaha Kementerian / Ketua Jabatan hendaklah memastikan anggota masing- masing di semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari setahun
---------------------------------------------------------------------------------------------------
PELAKSANAAN DASAR LATIHAN SUMBER MANUSIA SEKTOR AWAM,KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Sasaran baru mengikuti latihan/kursus bagi setiap pegawai kementerian, jabatan. Politeknik dan agensi di bawahnya ialah sekurang-kurangnya 10 hari setahun mulai tahun 2011.
2. Sasaran Pencapaian mengikuti latihan/kursus sekurang-kurangnya 10 hari setahun bukan sahaja telah dijadikan sebagai Key Performance Indicators [KPI] ketua-ketua bahagaian/jabatan, tetapi juga akan dijadikan sebagai sebahagian daripada
pemarkahan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan [LNPT].
* Mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia/PPSM (Latihan)KPT Bil 2/2016 bertarikh 14 Disember 2016 telah bersetuju menetapkan semua pegawai KPT perlu melengkapkan sekurang-kurangnya empat (4) hari berkurusus setahun bagi tahun 2017 selaras dengan penangguhan penguatkuasaan pelaksanaan dasar berkursus 7 hari setahun bagi anggota perkhidmatan awam serta pengurangan separuh atau 50% peruntukan program latihan. Pemakluman di peringkat Politeknik telah diterima melalui surat bernombor rujukan JPP/BLPK/02/01Jld.6(09) bertarikh 23 Feb 2017.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
OBJEKTIF KUALITI PNS ( KECEMERLANGAN DAN PROFESIONALISME
STAF)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Sekurang-kurangnya 80% staf menjalani latihan mengikut bidang atau skop tugas selama 4 hari setahun atau mengikut pekeliling semasa yang ditetapkan.
2. Sekurang-kurangnya 30% PPPT mempunyai pengalaman industri atau persijilan profesional industri.
FUNGSI UNIT PENGURUSAN LATIHAN:
A. URUSAN LATIHAN STAF (POLITEKNIK)
Bertanggungjawab kepada Pengarah Politeknik.
Mengelola, mengurus dan menyelaras urusan latihan semua staf Politeknik secara efektif selaras dengan Dasar Latihan Sumber
Manusia Sektor Awam.
Merancang, menyelaras dan melaksanakan Program Latihan Dalaman.
Mengenalpasti, mengurus dan menghantar staf untuk Latihan Luaran.
Memastikan perlaksanaan Prosedur Kualiti PNS-PS-06 : Perancangan dan Pengurusan
Latihan Staf dipatuhi (rujuk Carta Alir Tugas dalam PK PNS-PS-06).
Menguruskan program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)
Mengurus dan menyelaras aktiviti di Pusat Pembangunan dan Latihan.
Menyimpan dan menyelenggara rekod berhubung latihan staf.
Mengemaskini dan menyelenggara Pangkalan Data Latihan Staf Politeknik [e-SIS].
Menjadi admin institusi bagi sistem E-Profiling
B. URUSAN LATIHAN STAF (JABATAN PENGAJIAN POLITEKNIK-JPP)
Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPP, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Profesional, JPP dan Pengarah Politeknik.
Urusetia Bersama Program di Peringkat JPP di bawah kelolaan Bahagian Kecemerlangan Profesional (BKPro), JPP :
i. Career Path Competency Matrix [CPCM
ii. Program Peningkatan Kemahiran [PPK]
iii. Skim Hadiah Latihan Persekutuan [SHLP]
iv. Kursus Kepimpinan Instruksional & Pembangunan Andragogi [KIPA]
v. Kebenaran/Kelulusan Staf mengikuti Pendidikan Jarak Jauh [PJJ]
vi. Pangkalan Data Latihan [e-SIS]
C. URUSAN PENGINAPAN (LODGE) POLITEKNIK
Menguruskan permohonan sewaan/pakej kursus/latihan yang melibatkan penggunaan Lodge Cemara Inn.
Menyediakan rooming list bagi peserta yang menginap (kumpulan peserta kursus).
Memantau/menyelia kerja-kerja pembersihan/houskeeping yang dilakukan oleh cleaner selepas peserta check out/sebelum peserta check in.
Menguruskan dan memantau semua aset dan fasiliti di Lodge termasuk membuat aduan kerosakan dan sebagainya.
D. MELAKSANAKAN TUGAS-TUGAS YANG DIARAHKAN OLEH PENGARAH POLITEKNIK DARI SEMASA KE SEMASA
Membantu Pejabat Pentadbiran dalam urusan kenaikan Pangkat Skim PPPT terutama berhubung Panduan dan Tatacara Permohonan.
Admin ILA (Sementara) /Moderator Kursus 1MTC Peringkat Politeknik
Tugas-tugas lain dari masa ke masa.
FUNGSI UNIT TIME SECTOR PRIVATIZATION:
Bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah JPP, Pengarah Politeknik, Bahagian Perhubungan Industri dan Kebolehpasaran, JPP dan Bahagian Pengambilan Pelajar, JPP.
Membantu Unit Kewangan dalam mengendalikan Akaun Amanah Latihan Khas Politeknik.
Menyelaras Permintaan Kursus Terlanggan (Customized Courses)
Menyelaras Permohonan dan Perlaksanaan Kursus Secara Sambilan.
Menyelaras Perancangan dan Pelaksanaan Kursus Pendek.
Mengurus permohonan fasiliti bagi tujuan latihan khas.
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN PROFESIONAL
A. URUSAN KENAIKAN PANGKAT STAF
Mengenalpasti staf yang telah layak untuk memohon kenaikan pangkat dan menganjurkan bengkel kriteria kecemerlangan staf kepada staf-staf berkenaan.
Menjadi pemudahcara/menguruskan proses validasi kenaikan pangkat di peringkat Politeknik Nilai.
Menjadi pemudahcara/membantu calon-calon kenaikan pangkat dalam menyediakan folio kecemerlangan termasuk membantu pegawai dalam urusan penyelidikan/pembentangan/penulisan & inovasi (konsep mentor-mentee atau TOT).
B. URUSAN KURSUS PROFESIONAL STAF
Memohon cadangan nama kursus ‘Professional Industrial Certification’ (PIC) yang diperlukan bagi setiap program serta cadangan nama staf dari jabatan.
Mengenalpasti kursus PIC yang ditawarkan oleh pihak luar/yang boleh dianjurkan dengan mengambil kira kos dan masa yang bersesuaian bagi membolehkan staf mengikuti kursus tersebut.
Membimbing/memberi laluan kepada staf sehingga mendapat sijil profesional.
Menyimpan/mengemaskini data/rekod berkaitan staf yang telah mengikuti kursus PIC/mempunyai pengalaman industri bagi tujuan pelaporan KPI PNS.
Mengenalpasti bidang yang bersesuaian bagi menjadikan PNS sebagai ‘CERTIFIED CENTER’.
C. URUSAN KECEMERLANGAN AKADEMIK STAF
Bertanggungjawab menyebarluas maklumat mengenai prosedur melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kepada staf akademik.
Mengiklankan tawaran Biasiswa HLP/JPA dan sebagainya kepada staf akademik.
Menjadi pemudahcara/menguruskan proses permohonan biasiswa di peringkat Politeknik Nilai.
Mengenalpasti kursus yang bersesuaian yang boleh dianjurkan/pihak luar dengan mengambil kira kos dan masa yang bersesuaian bagi membolehkan staf berkenaan mengikuti kursus tersebut.
D. URUSAN KURSUS ‘RESKILLING’
Memohon cadangan nama kursus ’Reskilling’ yang diperlukan bagi setiap program serta cadangan nama staf dari jabatan.
Mengenalpasti kursus ’Reskilling’ yang ditawarkan oleh pihak luar/yang boleh dianjurkan dengan mengambil kira kos dan masa yang bersesuaian bagi membolehkan staf mengikuti kursus tersebut.
Membimbing/memberi laluan kepada staf sehingga mendapat sijil profesional.
Menyimpan/mengemaskini data/rekod berkaitan staf yang telah mengikuti kursus
’Reskilling’/mempunyai pengalaman industri bagi tujuan pelaporan KPI PNS.
- Details
- Hits: 2355