12 OGOS 2026 | SESI PENGAUDITAN WAKALAH ZAKAT POLITEKNIK NILAI
Politeknik Nilai telah menerima kunjungan daripada Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sembilan dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bagi Sesi Pengauditan Wakalah Zakat Politeknik Nilai.
Sesi pengauditan ini diketuai oleh Encik Mohd Nasrul Ekram bin Adzhar, Timbalan Pengarah Audit bersama penolong juruaudit, Puan Nur Syuhaida binti Azmi dan Puan Nurlida Firza binti Abdullah.
Turut hadir wakil daripada MAINS iaitu Puan Noor Aishah binti Ghazali, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perakaunan, Jabatan Perbendaharaan; Encik Amir Hakim bin Mohd Ajhi, Penolong Pegawai Unit Akaun dan Aset, Bahagian Perakaunan, Jabatan Perbendaharaan serta Puan Umi Kalsom binti Mohamed Zabidi, Penolong Pegawai Unit Wakalah & Tugas Khas, Bahagian Kutipan, Jabatan Zakat. Sesi ini turut disertai oleh wakil daripada Perbadanan MAINS.
Sesi pengauditan ini mencerminkan komitmen Politeknik Nilai dalam memastikan pengurusan Wakalah Zakat dilaksanakan secara telus, berintegriti, cekap dan mematuhi tatakelola yang ditetapkan. Pada masa yang sama, pengurusan dana zakat yang berkesan amat penting bagi memastikan manfaatnya dapat disalurkan secara optimum kepada pelajar yang memerlukan khususnya golongan asnaf dalam kalangan pelajar Politeknik Nilai.
Semoga kerjasama erat antara Politeknik Nilai, Jabatan Audit Negara Negeri Sembilan dan MAINS terus diperkukuh demi memastikan amanah zakat dapat diurus dengan sebaik-baiknya serta memberi impak positif kepada kesejahteraan dan kecemerlangan pelajar.
- Details
- Hits: 77




