LAWATAN DELEGASI XIANGYANG POLYTECHNIC, CHINA KE POLITEKNIK NILAI
Politeknik telah menerima kunjungan delegasi dari Xiangyang Polytechnic, China dalam usaha menjalinkan hubungan dan kerjasama dalam memantapkan institusi di peringkat global.
Lawatan delegasi dari Xiangyang Polytechnic, China seramai 6 orang dan diketuai oleh Mr. Geng Baoquan, Naib Presiden serta seorang wakil dari International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM) yang memfokuskan kepada jalinan kerjasama dan permulaan kolaborasi bersinergi dengan Politeknik Nilai.
Kunjungan ini disambut mesra oleh Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Timbalan Pengarah, Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua Program, Team Unit Pengantarabangsaan Politeknik Nilai serta Ketua Unit CISEC. Dalam ucapan Pengarah Politeknik Nilai, beliau menzahirkan kesediaan dalam menjalinkan kolaborasi dan kerjasama bersama institusi antarabangsa ini.
Senarai delegasi Xiangyang Polytechnic China:
1. Geng Baoquan, Vice President
2. Zhao Jinsong, Dean Of Agricultural College
3. Cheng Hongtao, Dean Of The School Of Automotive Engineering
4. Zhang Runhao, Director Of The Industry-University-Research Work Department
5. Zhang Mingmei, Special Education Professional Teachers
6. Tan Yushi, Special Education Professional Teachers
Wakil International Cultural Communication Center Malaysia (ICCCM):
1. Mr. Anson Lee English-Mandarin translator
Diharapkan permulaan perkenalan mesra ini bakal mengorak langkah kerjasama berterusan Politeknik Nilai dengan pelbagai institusi di peringkat dunia.
- Details
- Hits: 176