MAJLIS MENANDATANGANI SIJIL KOLABORASI STRATEGIK
Majlis Menandatangani Sijil Kolaborasi Strategik telah berlangsung di Bilik Raflesia, Politeknik Nilai di antara Politeknik Nilai dengan Axis Engineering & Resources, TVETPreneur Group (M) Sdn Bhd, Emas Impresif Sdn Bhd dan World Education Placement Services (WEPS) Sdn Bhd. Majlis ini sangat memberi makna kepada seluruh warga Politeknik Nilai kerana majlis ini memberikan manfaat jangka pendek dan jangka panjang hubungan dua hala yang akan terjalin.
Diharapkan agar semua program dan aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik demi mencapai objektif yang diharapkan dan seterusnya memberi manfaat kepada seluruh warga Politeknik Nilai khususnya para pelajar dan pensyarah Politeknik Nilai.
- Details
- Hits: 474