LAWATAN KE PUSAT-PUSAT MENGUNDI BAGI PILIHAN RAYA UMUM DEWAN UNDANGAN NEGERI (PRU DUN) KE - 15
Politeknik Nilai telah dilantik sebagai Pegawai Pengurus N.20 Labu bagi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) ke – 15 dan secara tidak langsung Politeknik Nilai juga merupakan Pejabat Pegawai Pengurus bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya tersebut.
Sebagai persiapan awal, satu lawatan ke pusat – pusat mengundi di 13 buah sekolah telah diadakan antaranya SJK (C) Min Shing Labu, SK Labu, Balai Polis Nilai dan SK Desa Cempaka. Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Pengarah Politeknik Nilai merangkap Pegawai Pengurus (RO) bagi N.20 Labu diiringi oleh Penolong Pengawai Pengurus (Pengurusan), Penolong Pegawai Pengurus (Undi Awal/Logistik), Pembantu Pilihan Raya (Pengurusan), Pembantu Pilihan Raya (Logistik) dan Pasukan Penguat Kuasa Pilihan Raya (PP-KPR).
- Details
- Hits: 577