Unit Keselamatan dan Keselamatan Pekerjaan
Pengenalan
Pengenalan
Unit Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Politeknik Nilai Unit merupakan sebuah unit dibawah sektor sokongan akademik yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA). Unit ini diketuai oleh Ts. Kamal Bin Haron selaku Ketua Unit Keselamatan Kesihatan Pekerjaan PNS dangan dibantu Cik Radziah Binti Sarif selaku Setiausaha serta dianggotai oleh wakil – wakil Jabatan/Unit dan Pusat. Unit ini dipertanggungjawabkan dalam pengurusan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di PNS selaras dengan kehendak perundangan negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Akta Jentera dan Kilang 1967.
Misi
Untuk mewujudkan Budaya Kerja Selamat dan Sihat di kalangan warga Politeknik Nilai.
Visi
Membentuk budaya kerja selamat dan sihat dan seterusnya mempertingkatkan kualiti kehidupan warga Politeknik Nilai.
Objektif
- Memastikan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan kakitangan serta pelanggan PNS sentiasa berada di tahap optima.
- Memastikan keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan pekerjaan dipatuhi oleh pengurusan PNS.
- Memastikan persekitaran pekerjaan PNS yang kondusif dan selamat.
- Memperkasadaya pihak pengurusan PNS bagi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan terjamin.
- Memperkasadaya kakitangan PNS dalam memastikan keselamatan dan kesihatan diri sendiri di tempat kerja.
Fungsi
- Memantau dan memastikan pematuhan akta dan peraturan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PNS.
- Mengkaji keperluan dasar, tataamalan, program dan aktiviti keselamatan, kesihatan, dan persekitaran pekerjaan di PNS.
- Merangka dan membangunkan dasar atau polisi berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di PNS.
- Memantau penguatkuasaan dasar dan polisi serta memantau pelaksanaan tataamalan, program dan aktiviti di PNS.
- Memberi latihan berkaitan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pekerjaan kepada warga PNS.
- Details
- Hits: 963