Maklumat Jabatan
Unit Khidmat Pengurusan (UKP) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bersempena dengan penubuhan Politeknik Nilai (PNS) sebagai politeknik yang ke-23 pada 1 April 2007. Berfungsi untuk memberi perkhidmatan sokongan dengan cekap dan berkesan meliputi Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran, Unit Kewangan & Perolehan dan Unit Pengurusan Aset dan Stor dengan peranan dan fungsi tersendiri
Objektif
- Memberi perkhidmatan kepada semua warga PNS secara efektif dan efisyen.
- Menyediakan sistem pentadbiran dan kewangan organisasi yang berkesan bagi menyokong perlaksanaan strategi dan program-program Jabatan.
- Memastikan perancangan dan pengagihan sumber-sumber utama termasuk kewangan bagi pelaksanaan program dan aktiviti Jabatan dapat dilaksanakan dengan berkesan.
- Memastikan keberkesanan pentadbiran dan pengurusan aset, logistik termasuk peralatan dapat diurus sebaiknya selaras dengan objektif Jabatan. Di samping pengawalan sepenuhnya ke atas keselamatan warga organisasi termasuk perkara-perkara terperingkat Jabatan selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam
Fungsi
a. Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran
- Merangka dan menyediakan pelan pembangunan Sumber Manusia diPNS, mengkaji permohonan penstrukturan semula organisasi/fungsi serta pemantapan skim perkhidmatan
- Mengurus permohonan perjawatan di bawah Anggaran Belanja Mengurus Perjawatan (ABM)
- Merancang dan mengurus hal-hal perkhidmatan, kenaikan pangkat,penempatan, pertukaran, pengisian
- Merancang dan mengurus setiakan Panel Pembangunan Sumber Manusia. Membangunkan Keperluan Data Sumber Manusia di PNS melalui sistem HRMIS
- Menguruskan hal-hal berkaitan pentadbiran am pejabat merangkumi keselamatan, dokumentasi, kebersihan, pengurusan fail dan pengurusan kemudahan.
- Memastikan pengurusan kenderaan jabatan disediakan dengan teratur.
b. Unit Kewangan
- Merancang, mengurus, menyediakan dan mengawal keperluan peruntukan PNS;
- Menguruskan terimaan mengikut prosedur yang berkuatkuasa;
- Menguruskan pembayaran mengikut prosedur yang berkuatkuasa;
- Mengurus dan memastikan urusan pembayaran gaji kakitangan;
- Merancang dan mengurus Mesyuarat JPKA dan JK Akaun Amanah serta
- Menguruskan keperluan perolehan mengikut tatacara yang ditetapkan.
- Menguruskan urusan perolehan merangkumi pembelian terus, sebutharga dan tender.