Pengenalan
Unit Keusahawanan Politeknik Nilai ditubuhkan bagi mencapai visi dan misi yang telah dirangka dengan jelas selaras dengan keperluan Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi PTK-IPT 2021-2025 dan Pelan Strategik JPPKK (Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti) 2018-2025 berteraskan matlamat organisasi dan hala tuju strategik iaitu menghasilkan graduan yang boleh diambil bekerja untuk memenuhi kehendak negara dan menjadi peneraju institusi TVET yang unggul.
Objektif
- Memastikan pelajar menjalankan perniagaan di kampus semasa tempoh pengajian.
- Mengenalpasti usahawan graduan Politeknik Nilai yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan setelah tamat pengajian.
- Memastikan Bilangan Tenaga Pengajar Dengan Kepakaran Keusahawanan
- Melaksanakan kolaborasi keusahawanan dengan agensi, industri, NGO, IPT (Tempatan dan Antarabangsa)
- Mengenalpasti jumlah syarikat, perusahaan atau projek perniagaan yang dibiayai oleh pemodal awal, pemodal teroka, entiti pendanaan awam, geran agensi kerajaan dan hadiah pertandingan pitching berkaitan keusahawanan
- Mengenalpasti pelajar yang terlibat dalam program berasaskan inovasi dan teknologi
- Mendapatkan syarikat pemula pelajar berasaskan inovasi dan teknologi yang dipacu secara digital
VISI
Melahirkan graduan usahawan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan berketerampilan tinggi serta berakhlak mulia.
MISI
Menerapkan pemikiran keusahawanan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan siswa-siswi Politeknik Nilai Negeri Sembilan.
Carta Organisasi