Jabatan Matematik,Sains dan Komputer
Pengenalan
Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) merupakan salah sebuah jabatan sokongan akademik yang terdapat di Politeknik Nilai Negeri Sembilan (PNS), yang dikemudi oleh seorang Ketua Jabatan dan turut dibantu oleh seorang Ketua Kursus dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bagi kursus-kursus yang ditawarkan dapat disampaikan dengan lancar.
JMSK PNS dibarisi oleh 14 orang pensyarah dengan kepakaran dari pelbagai bidang akademik, seperti Matematik, Teknologi Maklumat, Kejuruteraan, dan Sains Komputer. Mereka sangat berdedikasi dan efisien dalam memastikan proses PdP dapat disampaikan dengan begitu tersusun rapi dan teliti.
JMSK PNS menawarkan 6 kursus yang terdiri daripada Aplikasi Komputer, Sains Kejuruteraan, Matematik Kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2, Matematik Kejuruteraan 3 dan Matematik Teknologi kepada pelajar-pelajar daripada jabatan induk akademik.
JMSK PNS turut dilengkapi dengan makmal-makmal yang dipasang dengan peralatan berteknologi, supaya proses PdP yang dirancang untuk dijalankan adalah proses PdP yang efektif dan interaktif, iaitu Makmal Am Komputer, Makmal Sains, dan Makmal Matematik.
- Details
- Hits: 3264