Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri
Pengenalan
Pengenalan
Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri merupakan salah satu jabatan induk di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Jabatan ini dibuka pada sesi Julai 2012, program yang ditawarkan ialah DIPLOMA LANDSKAP HORTIKULTUR dan DIPLOMA BIOTEKNOLOGI.
VISI
Memperkaya dan memperkasa tadbir urus kepelbagaian sumber selari dengan dasar transformasi politeknik.
MISI
Melahirkan modal insan berlatarbelakangkan pendidikan bersepadu yang berupaya memacu transformasi pendidikan ke peringkat nasional dan global.
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri komited memberikan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan mesra pelanggan dalam perkara berikut:
(1) Melaksanakan pendidikan berkualiti di peringkat diploma selaras dengan kurikulum yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum, Jabatan Pengajian Politeknik.
(2) Mengadakan sekurang-kurangnya dua puluh (20) jam program yang melibatkan industri bagi setiap semester.
(3) Mengambil tindakan setiap aduan dan memberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
SENARAI PROGAM YANG DITAWARKAN
- Details
- Hits: 5720