10 - 12 OGOS 2026 | PROGRAM F.O.C.U.S (FLIGHT OPERATION, CREW & ULTIMATE SHOTS)
Telah berlangsung Program F.O.C.U.S (Flight Operation, Crew & Ultimate Shots) Kelab Fotografi & Multimedia anjuran Pusat Intruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD) dengan kerjasama Kelab Fotografi & Multimedia (KFM), Politeknik Nilai.
Seramai 20 orang pelajar & 5 orang staf Pusat Intruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD) telah terlibat dalam program ini yang telah berlangsung di Sekinchan, Selangor.
Program ini bermula dengan Kursus Asas Pengendalian Dron yang telah disampaikan oleh En. Mohd Faizuin bin Abd Hamid, Jurufotografi Kanan MARDI. Pelajar didedahkan dengan teknik, gerak kerja awal bagi mengendalikan dron dalam proses rakaman video & gambar secara aerial shots.
Program diteruskan dengan sesi rakaman penerima Anugerah Pengarah bagi Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai sempena Majlis Konvokesyen PolyCC Zon Selatan yang akan berlangsung di Politeknik Port Dickson pada 10 September 2026.
Pengisian lain juga melibatkan aktiviti semakan bahan rakaman, sesi editing awal & aktiviti team building antara ahli kelab & staf Pusat Instruksional dan Pembelajaran Digital (PIPD).
- Details
- Hits: 24




