PROGRAM DISKUSI PERPADUAN : CHIT CHAT BELIA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Sembilan dengan kerjasama Sekretariat Rukun Negara (SRN), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Chit Chat Belia Peringkat Negeri Sembilan tahun 2024 di Dewan Kuliah Fakulti 1, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Objektif penganjuran program ini adalah:
i.Merapatkan jurang perbezaan persepsi dan pendapat dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama;
ii.enerapkan serta meningkatkan penghayatan dan pemahaman Rukun Negara di peringkat belia bagi mengukuhkan jati diri dan semangat cintakan Negara
iii. Meningkatkan dan memperkukuhkan pengetahuan berhubung isu semasa terutamanya berkaitan perpaduan.
Seramai 20 orang pelajar Politeknik Nilai telah hadir sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
- Details
- Hits: 46