12 DAN 14 OKTOBER 2024 | KURSUS ASAS PEMASANGAN ‘WATER FEATURES’: DYL30114 (LANDSCAPE INSTALLATION) JABATAN AGROTEKNOLOGI DAN BIO-INDUSTRI
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 80 orang pelajar semester 3 di bawah kursus DYL30114: Landscape Installation, Program Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) Sesi I: 2024/2025. Kursus ini merupakan salah satu usaha untuk memberi peluang serta manfaat bagi pelajar untuk mendapat pendedahan awal terhadap kemahiran teknikal dalam kerja-kerja instalasi ‘water features’ yang merupakan salah satu elemen landskap kejur yang menjadi pilihan dalam penyediaan taman landskap. Tenaga pengajar bagi kursus ini adalah dari alumni Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL) sendiri iaitu CA. Zarul Azham bin Nordin yang berpengalaman selama 10 tahun setelah berjaya bergraduasi dengan cemerlang di Politeknik Nilai pada tahun 2014.
Tahniah dan syabas diucapkan atas penglibatan semua pelajar dan terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan oleh alumni Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DLH) Politeknik Nilai. Semoga kursus ini dapat memberi manfaat dan menjadi sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar Diploma Teknologi Hortikultur Landskap (DHL).
- Details
- Hits: 63