12 - 13 OKTOBER 2024 | KURSUS PSH KAD HIJAU JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
Kursus ini telah dihadiri oleh pelajar semester 5 dari Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) Sesi I: 2024/2025. Kursus ini penting kepada pelajar atas keperluan industri kejuruteraan dan sebagai langkah persediaan peserta untuk menjalani latihan industri pada semester akan datang.
Ceramah telah disampaikan oleh Tn. Haji Edham Khalid bin Sheikh Ali, penceramah berpengalaman yang bertauliah oleh CIDB.
Menerusi kursus ini, pelajar dapat belajar mengenai aspek-aspek keselamatan di tempat kerja, peraturan yang wajib dipatuhi berkaitan keselamatan serta akibat yang boleh berlaku sekiranya aspek keselamatan diabaikan.
Semoga kursus ini dapat memberi manfaat dan kesedaran kepada peserta betapa pentingnya aspek keselamatan di mana jua peserta berada.
- Details
- Hits: 51