CPCM PEMIKIRAN KREATIF DALAM PENGHASILAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP) (SIRI 1/2024)
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah mengadakan kursus CPCM Pemikiran Kreatif dalam Penghasilan Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (Siri 1/2024) bertempat di Makmal Komputer Am 2, Jabatan Matematik Sains dan Komputer (JMSK), Politeknik Nilai.
Kursus Career Path Competency Matrix (CPCM) merupakan salah satu kriteria wajib dalam unsur penilaian Pembangunan Diri bagi Kenaikan Pangkat Skim PPPT DH. Kursus ini telah dihadiri oleh 31 orang pensyarah dari Politeknik dan Kolej Komuniti yang terpilih.
- Details
- Hits: 177