PROGRAM MYSAVEFOOD RAMADAN 2024
Program MySaveFood Ramadan 2024 telah diadakan sepanjang bulan Ramadan dan telah dijalankan di Bazar Ramadan seluruh Malaysia dengan tujuan menyelamatkan makanan dari bazar untuk dihantar ke tempat sasaran seperti institusi pendidikan, rumah kebajikan dan kawasan perumahan. Politeknik Nilai melalui Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri telah terlibat di bawah anjuran MSF 2024 kali ini yang melibatkan dua Bazar Ramadan iaitu Metropark Sendayan dan Kuarters KLIA. Para sukarelawan terdiri dari staf dan pelajar Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri berhasil menyelamatkan makanan dan minuman dari bazar berjumlah hampir 1000 kg. Turut terlibat pada edisi kali ini adalah persatuan Gerakan Pengguna Siswa dari IPGKPT. Usaha ini bukan sahaja menyelamatkan makanan dan mengurangkan pembaziran malah memberi manfaat kepada penerima. Projek MSF berskala nasional ini telah bermula sejak 2016 lagi dan dinaungi oleh MARDI dan dijalan oleh GEMA Malaysia.
- Details
- Hits: 435