Satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pemilihan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik Nilai telah diadakan di Bilik Raflesia bagi memilih calon-calon yang layak untuk diperakukan menerima beberapa kategori anugerah semasa Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai kali ke-12 tahun 2024.
 
Anugerah Pengarah merupakan penganugerahan tertinggi yang akan disampaikan kepada seorang graduan yang terbukti layak dan memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan berdasarkan Buku Panduan Anugerah Pelajar Cemerlang Politeknik (APCP) Edisi 2: 2021. Graduan yang layak juga akan ditawarkan Biasiswa Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi-Pelajar Cemerlang Politeknik (Biasiswa YBMPT-PCP) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.
 
Semoga ia akan menjadi inspirasi kepada semua pelajar yang masih dalam pengajian untuk terus kekal cemerlang dan seimbang dari segenap segi.