PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI PERDANA
Politeknik Nilai bersama-sama Madrasah Baitunnisa Arrahimiyah dengan kerjasama JPKK Kg. Sekolah, ADUN Ampangan, Jawatankuasa Masjid, Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Yayasan Negeri Sembilan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Kolej Vokasional berkolaborasi membantu menjayakan pembangunan semula Madrasah Baitunnisa Arrahimiyah dengan mengadakan Program Khidmat Komuniti Perdana di Madrasah Baitunnisa Arrahimiyah, Kg. Sekolah Ampangan, Seremban.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan ukhuwah persaudaraan melalui aktiviti sukarelawan dan mengalakkan peserta untuk sentiasa komited serta bersungguh - sungguh dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Politeknik Nilai telah diwakili oleh 5 orang pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan.
- Details
- Hits: 424