Satu program libat urus telah diadakan di Bilik Raflesia yang melibatkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersama para pelajar tajaan mereka. Program libat urus ini membawa agenda untuk memberi penjelasan berkenaan perjanjian yang telah dimeterai, tanggungjawab pelajar sepanjang tempoh penajaan dan sesi soal jawab bagi menjawab semua persoalan yang dibangkitkan.
 
Diharap dengan kefahaman pelajar yang baik akan dapat meningkatkan lagi daya usaha dan komitmen mereka untuk belajar bersungguh-sungguh dan bergraduat dengan jayanya.