Hari Ketiga Program Mechanical Week 2023 telah berjaya melabuhkan tirai setelah dijalankan selama 3 hari bermula dari 24 - 26 oktober ini.
 
Pengisian yang bersifat holistik disasarkan kepada semua peringkat pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Nilai merangkumi pertandingan yang bersifat ilmiah. Yang merangsang daya pemikiran dan mampu berfikir secara kritikal.
 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah FunWalk & Plogging dan Town Hall disertai oleh semua pelajar-pelajar JKM seramai 298 orang.
 
Kemuncak acara yang menyaksikan persaingan sengit di antara 4 rumah yang menguji fizikal serta mental bukan sahaja pelajar bahkan para pensyarah.
Sesungguhnya kejayaan program ini diharap memberikan impak yang positif di antara sesama pelajar dan juga pensyarah JKM.