KURSUS UPSKILLING TISSUE CULTURE BAGI PENSYARAH DIPLOMA BIOTEKNOLOGI
Semua pensyarah Program Diploma Bioteknologi, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri Politeknik Nilai telah menyertai kursus Upskilling Tissue Culture yang telah diadakan di Makmal Agroteknologi, Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri.
Kursus ini telah disampaikan dan dikendalikan oleh Prof Madya Dr. Noor Baity binti Saidi dan Cik Ong Jia Xin daripada Fakulti Bioteknologi dan Sains Molecular, Universiti Putra Malaysia (UPM). Antara kandungan kursus ini adalah pendekatan asas holistik kultur tisu secara in vitro, penyediaan media kultur, teknik pensterilan eksplan dan teknik aseptik tisu kultur tumbuhan.
Melalui penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan dan memantapkan lagi pengetahuan serta kemahiran kultur tisu semua peserta yang terlibat.
- Details
- Hits: 434