Kursus ini telah dianjurkan oleh Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL), Politeknik Nilai selama 4 hari dan 3 malam atau 35 jam latihan bertempat di The Guest Hotel & Spa, Port Dickson. Seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah politeknik dan kolej komuniti telah menghadiri kursus ini. Pengendalian kursus ini dilaksanakan secara:
• Bengkel/ceramah dan Tunjuk Cara
• Penyelesaian masalah
• Projek kumpulan
• Penghasilan Portfolio Individual
 
Kursus ini telah dilaksanakan secara 30% teori dan 70% lagi praktikal. Penekanan terhadap pembangunan Portfolio telah ditekankan di sepanjang kursus bagi memberi pengalaman sebenar terhadap dunia industri melibatkan CAD. Di akhir kursus, peserta akan mempunyai 5 portfolio lengkap sebagai hasil pembelajaran CAD melibatkan lukisan orthografik dan juga isometric. Malah, Pre-test dan post-test juga telah dilaksanakan dalam kursus ini bertujuan untuk mengukur sejauh mana tahap pengetahuan peserta terhadap bidang ini sebelum dan selepas mengikuti kursus sepenuhnya.