Seramai 549 orang pelajar baharu Politeknik Nilai melahirkan rasa gembira apabila berjaya melalui proses pendaftaran bagi kemasukan sesi I: 2023/2024 hari ini.
 
Graduan politeknik adalah yang terlaris dalam pasaran pekerjaan, saya yakin dan percaya mahasiswa yang ada di hadapan saya ini akan berjaya menamatkan pengajian di Politeknik Nilai, insya-Allah.
 
Demikian ucapan yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, YBrs. Dr. Haji Mohd Zahari Ismail ketika hadir ke PNS untuk meninjau proses pendaftaran pelajar baharu bagi sesi kali ini.
Hadir sama pada tinjauan ini ialah Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK, YBrs. Ts. Zainab Othman, Pengarah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar JPPKK, YBrs. Tuan Haji Azirin bin Abdul Aziz serta Pengarah PNS, YBrs. Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria.
 
Tinjauan mendapati proses pendaftaran yang diadakan di Dewan Sri Putra, PNS ini berjalan lancar dan mengikut perancangan.
 
Sesi pendaftaran berjalan serentak bermula seawal 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari mengikut Jabatan Perdagangan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi & Bio-Industri.