LAWATAN ILMIAH PROGRAM PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN POLITEKNIK NILAI
Unit Keusahawanan, Politeknik Nilai telah mengadakan lawatan ilmiah ke Unit Keusahawanan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) bagi tujuan pemerkasaan keusahawanan. Antara objektif lawatan ini adalah untuk melihat amalan baik dari segi pentadbiran unit dan pengurusan inkubutor keusahawanan yang dapat diadaptasi oleh Unit Keusahawanan Politeknik Nilai.
Perkongsian pendapat mengenai kaedah dan strategi bagi mencapai KPI keusahawanan juga telah dibincangkan melalui lawatan ini. Di samping itu, turut diadakan perbincangan awal mengenai perancangan kolaborasi antara Unit Keusahawanan Politeknik Nilai, Unit Keusahawanan Politeknik Kota Kinabalu dan syarikat pengeluar madu Apis Mellafera Enterprise bagi memasarkan madu akasia di sekitar Sabah.
Turut hadir Pengarah PKK, En. Dullah bin Muluk, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), Ts. Saril bin Hj. Yusop dan Ketua Unit Keusahawanan PKK, En. Hazatta bin Morshidi serta pegawai-pegawai dari Unit Keusahawanan PKK.
- Details
- Hits: 485