PROGRAM ‘FLAG-OFF HIGH ACHIEVERS’: UNLEASH POTENTIAL & EMPOWERING YOUTH; YOUNG EMPLOYABLE STUDENTS (YES) BERSAMA TALENTCORP
Politeknik Nilai melalui Jabatan Perdagangan (JP) telah menganjurkan Program Flag-Off High Achievers’: Unleash Potential & Empowering Youth; Young Employable Students (YES) bersama TalentCorp tahun 2023 selama 2 hari. Program ini diwajibkan untuk pelajar semester 5 Jabatan Perdagangan. Program ini bertujuan untuk memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional, serta meningkatkan personaliti diri dengan kemahiran komunikasi profesional dan etiket sosial. Mampu untuk menjenamakan diri untuk memiliki pakej yang diidamkan oleh majikan bagi meningkatkan peluang kebolehpasaran selepas bergraduat. Memperbaiki imej diri dan meningkatkan profesionalisme dalam kerjaya dan keperibadian diri.
Program ini telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama, Politeknik Nilai dengan pelbagai aktiviti bersama industri luar TalentCorp. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Politeknik Nilai, Hj. Wan Zulkifly Wan Zakaria turut diiringi ucapan Ketua Jabatan dan Bakat Baharu TalentCorp, En. Megat Fazrul Azlin Megat Abd. Aziz dan ucapan Timbalan Pengarah Bagagian Kolaborasi Industri & Komuniti (BKIK), JPPKK, Dr. Asnizah binti Sahekhaini.
Modul-modul untuk hari pertama program adalah seperti berikut:
Modul 1 - Sesi ‘Ice Breaking’ dan ‘Self-Awareness’
Modul 2 – Imej Profesional dan Penampilan Profesional Diri (Teknik dan Tips Penampilan untuk temuduga: membina penampilan yang rapi dan profesional)
Modul 3 – ‘Your English Matter’ (komunikasi profesional di tempat kerja)
Modul 4 – Sesi Latihan Industri oleh TalentCorp (siri 1) (exposure on internship and sharing opportunities)
- Details
- Hits: 556