Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM) telah mengadakan Seminar Pembinaan Generasi Muda Masjid Kebangsaan 2023 sebagai satu usaha untuk membina Generasi Muda Masjid dari kelompok Generasi Y dan Generasi Z dalam kalangan belia. Seminar ini merupakan satu langkah untuk melahirkan aktivis muda masjid dan menanam nilai-nilai akhlak yang baik dan aqidah yang mantap  sebagai pembenteng diri dari pelbagai anasir negatif dan gejala tidak sihat yang mampu mempengaruhi belia terutama dalam era media sosial hari ini.
 
Program ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Politeknik Nilai telah diwakili oleh 5 orang pelajar dan seorang pensyarah. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri YB Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im bin Hj. Mokhtar.