Seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada wakil kumpulan projek akhir telah terlibat di dalam Kursus Asas Aplikasi IOT yang diadakan oleh PSH dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
 
Kursus ini memberi ilmu asas secara teori dan praktikal tentang aplikasi IOT. Peserta perlu menyiapkan tugasan akhir menerusi papan litar sebenar di akhir kursus. Hasil dari kursus ini, diharapkan pelajar akan dapat mengaplikasikannya pada produk Projek Akhir (Final Year Project) kelak.
 
Kursus ini telah dikendalikan oleh En. Mohd Taufik Rezza Mohd Foudzi dengan kerjasama dari Team IOT Inkubator NFT Smart Kit, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM).
 
Berdasarkan permintaan dan modul kursus yang praktikal, kursus ini akan diadakan lagi pada waktu terdekat. Pada sesiapa yang berminat dan ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi Pengarah Program bersama En. Nairul Akmar Akashah (PSH-JKM) untuk menempah tempat bagi kursus siri seterusnya.