HEBAHAN MENGENAI PILIHANRAYA KAMPUS POLITEKNIK NILAI BAGI TAHUN 2023/2024
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai telah mula membuka permohonan pencalonan ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baharu bagi Sesi 2023/2024. Oleh yang demikian, dilampirkan dokumen-dokumen yang berkaitan bagi tujuan tersebut:
a) Notis hebahan Pilihanraya Kampus 2023/2024
b) Syarat-syarat Calon Pilihanraya Kampus
c) Maklumat Bilangan Kerusi yang dipertandingkan
d) Borang Penamaan Calon Pilihanraya
e) Borang Penarikan Diri Pencalonan
Justeru, pihak Sekretariat Pilihanraya Kampus Politeknik Nilai memohon agar makluman ini dipanjangkan ke semua pelajar-pelajar yang berminat. Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi Ts. Muhammad Hamizan Bin Ab Hamid (Pengurus Pilihanraya Kampus) di talian 013-228 2280, atau, hadir ke Jabatan Hal Ehwal Pelajar PNS
- Details
- Hits: 1088