Program ini telah berlangsung di SMK Dato' Shamsudin Nain, Rantau yang melibatkan 4 orang pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan 6 orang pelajar Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Politeknik Nilai. Program ini diadakan sempena Karnival Kerjaya dan TVET di mana ianya telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail bin Samah, Pengetua sekolah tersebut. Antara aktiviti program adalah ceramah motivasi yang disampaikan oleh Pn. Noorhamiza Jusoh@Mohd Nor, Pegawai Psikologi dan pameran booth promosi Politeknik Nilai.
Objektif utama program ini adalah untuk membina hubungan dua hala antara Politeknik Nilai dan pihak sekolah di samping mempromosi Politeknik Nilai bagi meningkatkan norma ambilan pelajar.