KEM ASPIRASI CUTI SEKOLAH HARI 6
Aktiviti Hari Keenam kem ini adalah lawatan ke Muzium Negara dan Putrajaya. Peserta dibawa melawat ke Muzium Negara dan seterusnya bertolak ke Putrajaya untuk solat di Masjid Putra dan meneruskan aktiviti menaiki tangga Putrajaya.
Tangga Putrajaya adalah salah satu tarikan baharu di Pusat Pentadbiran Negara, Putrajaya. Ia dapat dilihat sebagai satu paksi lurus (axis) yang menghubungkan kawasan tumpuan pelawat iaitu di Dataran Putra. Ketinggian Tangga Putrajaya dianggarkan 30 meter dan jarak pendakian dari bawah ke mercu tanda adalah sejauh 200 meter.
- Details
- Hits: 896