Lawatan Akademik ke Universiti Utara Malaysia (UUM) ini adalah bersempena Logistics Development Programme 2022 (Siri IV) : Logistics Academic Visit at North Malaysia yang melibatkan 28 orang pelajar Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS) Jabatan Perdagangan dan 9 orang pensyarah.
Delegasi PNS telah dibawa melawat dan diberi taklimat di Anjung Tamu UUM. Selepas itu delegasi berkumpul di Dewan Seminar STML untuk majlis bersama barisan pensyarah STML. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Dr. Fariza Ahmad Mahyadin @Mahidin, Pengerusi Program Logistik dan Pengangkutan STML UUM. Majlis diteruskan dengan ucapan dari Pn. Norshima Shaari, Ketua Program Diploma Logistik dan Rangkaian Bekalan (DLS), Jabatan Perdagangan Politeknik Nilai dan Prof. Dr. Nor Hasni Osman, Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik STML.
Majlis juga diserikan dengan pembentangan aktiviti Kelab LogTrans STML oleh Presidennya Saudari Ain Syafiqah yang merupakan Alumni Politeknik Nilai dan Sesi Perkongsian Informasi dan pengalaman Alumni Politeknik Seberang Perai (PSP) Kavines Nair A/l Ananthan (Setiausaha) dan Alumni Politeknik Nilai Heemashinin A/P Thana Seelan (Exco CSR).