Objektif
ULPL bertanggungjawab dalam mengurus dan mengendalikan latihan kepada kakitangan Politeknik Nilai dan memastikan semua staf dapat memenuhi bilangan hari berkursus sekurang-kurangnya 3 hari berkursus setahun atau mengikut pekeliling semasa yang berkuatkuasa selaras dengan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam.
Pengenalan
Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) merupakan unit sokongan yang diberi tanggungjawab untuk merancang, mengelola dan melaksanakan latihan bagi staf akademik dan bukan akademik di Politeknik Nilai (PNS) demi memastikan pembangunan kompetensi, kecemerlangan dan pembelajaran berterusan staf dapat dipertingkatkan dengan lebih berkesan
Carta Organisasi
Fungsi
Fungsi utama penubuhan unit adalah untuk:
- Merancang, menguruskan dan menjalankan program-program latihan staf secara dalaman dan luaran.
- Menyelaras Program Sangkutan Industri Pensyarah (SIP)
- Menyelaras Program Latihan Secara Industri (LSI)
- Menyelaras Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang melibatkan komuniti setempat dan warga.
- Menguruskan urusan Pendidikan lanjutan staf
- Urus setia validasi dan temuduga Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT)
- Mengurus dan menyelaras penggunaan kemudahan latihan yang terdiri daripada:
- Bilik Kuliah
- Bilik Seminar
- Bilik Komputer
- Bilik Mesyuarat
- Bilik Perbincangan (Bilik Hibiscus)
- Bilik Jamuan (Bilik Begonia)
- Lodge Cemara Inn
Laman Web