Unit Pengurusan Psikologi
Pengenalan
Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi), Jabatan Hal Ehwal Pelajar merupakan unit sokongan dibawah Timbalan Pengarah Sokongan Akademik. Pegawai Psikologi yang ditempatkan di politeknik adalah pegawai gunasama di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibantu juga oleh pensyarah yang dilantik sebagai penyelaras psikologi jabatan yang mewakili jabatan induk. UPPsi berperanan membantu perkembangan diri dari sudut kognitif, psikologi dan emosi warga Politeknik Nilai. Matlamat unit juga membantu kecemerlangan secara holistik dalam mencungkil potensi diri pelajar.
Apa Itu Kaunseling? Kaunseling adalah hubungan bersemuka antara individu normal untuk memahami diri dan situasinya, menggunakan potensi dengan cara memanfaatkan diri, keluarga, agama, masyarakat dan agama juga mempelajari cara berhadapan dengan masalah dalam memenuhi keperluan diri masa kini dan akan datang.
Kod Etika Kaunseling adalah menghormati privasi klien dan merahsiakan maklumat.
Memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien dan melaksanakan kemahiran secara professional. Menghormati keputusan dan penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.
Visi
Mengaplikasikan serta mengembangkan konsep dan pendekatan psikologi untuk melahirkan masyarakat berkualiti, perihatin, berdisiplin, amanah dan berintelek
Misi
Merealisasi perkhidmatan psikologi dan kerjaya berlandaskan etika professional dalamn membentuk warga negara yang bermoral dan berhemah tinggi
- Details
- Hits: 2829