Pengenalan

Unit Komunikasi Korporat (UKK) bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal komunikasi Politeknik dengan pihak luar.

Fungsi / Peranan Unit Komunikasi Korporat berperanan dalam urusan berikut:

  • Pengurusan perhubungan awam dan korporat Politeknik Nilai (PNS)
  • Pengurusan dan penyelarasan penyediaan laporan-laporan, buletin dan buku tahunan
  • Pengurusan semua saluran informasi (laman sesawang dan sosial media)
  • Pengurusan maklum balas aduan pelanggan PNS
  • Menguruskan lawatan dari luar ke PNS
  • Pemantauan media elektronik, cetak dan keratan akhbar berkaitan PNS

Carta Organisasi

Carta Organisasi

Carta Fungsi

1. Media Sosial

  • Memantau dan memuatnaik berita, maklumat dan gambar berkaitan program dan aktiviti terkini di dalam media sosial (Facebook, Instagram dan Laman Web Rasmi Politeknik (Nilai)
  • Memastikan gambar, berita dan pelaporan aktiviti mengikut skop dan format yang telah ditetapkan.
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

2. Penerbitan

  • Menghasilkan e-Buletin dan Laporan Tahunan Politeknik Nilai melalui penerbitan
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke masa.

3. Imej Korporat

  • Sebagai penasihat dalam penyampaian dan penyaluran maklumat berkaitan protokol di dalam majlis rasmi yang dianjurkan oleh Politeknik Nilai
  • Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat Politeknik Nilai
  • Menyemak bahan publisiti sebelum hebahan (Poster, Banner, Bunting dll)
  • Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan dari masa ke semasa

4. Perhubungan Awam

  • Mengendalikan pengurusan media di samping memupuk hubungan baik dengan media
  • Memantau dan menilai liputan media yang memberi kesan kepada perkembangan Politeknik Nilai
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke semasa

5. Khidmat Pelanggan

  • Menerima aduan/maklum balas daripada pelanggan
  • Meneliti dan menyemak aduan yang diterima serta menyerahkan aduan tersebut kepada pegawai penyiasat
  • Menerima dan meneliti hasil siasatan & laporan tindakan keseluruhan
  • Memberi maklum balas berkenaan kepada pengadu
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke semasa

6. Laman Sesawang

  • Mereka bentuk laman sesawang
  • Menerima dan mengumpul maklumat terkini untuk laman sesawang
  • Mengemaskini dan menyalur maklumat terkini
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarah dari masa ke semasa

7. Sistem Pelaporan

  • Menyediakan platform untuk pengumpulan laporan program/aktiviti di semua peringkat
  • Menyelaras format laporan
  • Mengumpul laporan setiap 2 kali setahun (Januari – Jun dan Julai – Disember)

Skop Tugas



1. Merancang dan menguruskan perhubungan media dan publisiti serta memupuk hubungan baik dengan media tempatan dan membentuk imej PNS.

2. Menguruskan maklumat serta hebahan sosial media bagi PNS dan JPPKK

3. Mengumpul dan menyimpan maklumat dan data semua laporan aktiviti/program  PNS

4. Menguruskan sebarang maklumbalas serta aduan dari pelanggan atau orang awam

Dokumen

Dokumen

 
Borang Tindakan Pembetulan April 2021 - BORANG TINDAKAN PEMBETULAN CAR 04.01.2021.xls
 
 
Logo Rasmi KPT - LOGO BAHASA MELAYU.jpeg
  
Format Pelaporan UKK - FORMAT LAPORAN.docx
 
Manual Korporat JPPKK - Manual Korporat JPPKK Edisi 2020.pdf
 
Buku Panduan Hadapi Covid-19 Muslim - Buku Panduan Covid-19 Muslim.pdf
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

Sistem dan Media Sosial

Sistem dan Media Sosial

 

Facebook Rasmi Youtube Rasmi Instagram Rasmi Sistem Aduan Umum

Infografik