PENGENALAN

Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan adalah unit yang memelihara, mengendali dan mengawal selia bangunan, kemudahan, kelengkapan, kemudahan bangunan, dan persekitaranya bagi tujuan :


1. Selamat dan boleh guna
2. Mengikut undang-undang semasa
3. ketahanan maksimum
4. Mencegah kerosakan
5. Nilai pasaran maksimum mengekalkan keselesaan.


Penyelenggaraan dibahagikan kepada dua katogeri iaitu penyelenggaraan mencegah kerosakan (preventice maintenance) dan penyelenggaraan pembaikan (corrective maintenance) yang melibatkan bangunan dan aset. Kerja penyelenggaraan juga bergantung kepada magnitud dan kemampuan kewangan pihak Politeknik.

PERKHIDMATAN DI UNIT


PEMBANGUNAN

  • Merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan Politeknik bagi memenuhi keperluan fizikal, persekitaran pembelajaran yang berkualiti dan mampan.
  • Mengurus dan memantau pembangunan yang dijalankan agar selaras dengan kehendak-kehendak Undang-Undang.
  • Menerapkan kaedah-kaedah kejuruteraan yang effektif dan ekonomi sebagai konsep kepada elemen pembangunan.
  • Memastikan projek-projek pembangunan disiapkan tepat pada masanya, berkualiti dan ekonomi   (on time, best quality & within budget)

SELENGGARAAN

  • Sebagai usaha untuk memanjangkan usia penggunaan sesuatu asset.
  • Untuk melindungi pengguna dan aset dari sebarang bahaya / bencana yang mungkin timbul.
  • Untuk meminimakan kos operasi dan perbelanjaan pengeluaran.
  • Menguruskan pembelian peralatan dan bahan penyelenggaraan.