Backup_ori-UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT
Akaun wifi kampus bagi pelajar semester 1 sesi 2 : 2022/2023 telah di daftarkan pada 03/02/2023,berikut adalah maklumat log masuk pelajar:
1. LOG MASUK WIFI
SSID : PNSWifiStudent
Username : No Kad Pengenalan
Katalaluan :
-> Aksara pertama adalah tiga nama hadapan (dalam huruf besar), seperti dalam SPMP
-> Aksara kedua adalah @
-> 4 aksara seterusnya adalah 4 digit terakhir nombor ID - Kad Pengenalan anda
Contoh:
Nama: SOLAIMAN BIN YUSUF
No Kad Pengenalan : 040114-03-5518
Katalaluan adalah : SOL@5518
Bagi pelajar sesi 1 : 2022/2023 dan sebelum sila semak menggunakan sistem dalaman wifi di url http://aplikasi.polinilai.edu.my/sis_wifi/
2. PERATURAN PENGGUNAAN & PERSETUJUAN
- Setiap katanama hanya sah digunakan untuk satu(1) peranti sahaja dalam satu-satu masa.
- Pastikan penggunaan huruf dan nombor adalah betul sewaktu memasukkan maklumat username dan password. Sekiranya mempunyai masalah, saudara/i perlu merujuk kepada UTM untuk tindakan selanjutnya.
- Saudara/i akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati menyalahgunakan kemudahan internet di PNS.
- Sekiranya di dapati bersalah, akaun saudara/i akan disekat dan sebarang tindakan selanjutnya adalah di bawah budi bicara HEP dan UTM.
- Untuk makluman, setiap akses yang dilakukan oleh saudara/i akan di pantau oleh UTM. Oleh itu, sila gunakan talian internet ini dengan penuh berhemah.
- Saudara/i bertanggungjawab sepenuhnya ke atas username dan password. Sebarang kecurian data dan salahguna adalah di bawah pemantauan saudara/i sendiri.
- Pastikan penggunaan internet adalah untuk PdP sahaja. Ini bagi mengelakkan usage bandwidth menjadi congest.
- Pelajar diminta menggunakan talian internet ini dengan penuh amanah bagi memastikan keberkatan dalam mencari ilmu
3. LANGKAH-LANGKAH LOG MASUK WIFI KAMPUS
- Manual Log Masuk Kampus(Windows)
4. TABURAN WIFI KAMPUS
- Pelan Lokasi Taburan
sebarang masalah dan aduan sila emel kan kepada This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
- Details
- Hits: 3412