Unit Teknologi Maklumat
- Objektif
- Pengenalan
- Carta Organisasi
- Fungsi
- Kemudahan
- Sistem UTM
- Garis Panduan
- Hebahan dan Info UTM
- Infografik
- Objektif
- Pengenalan
- Carta Organisasi
- Fungsi
- Kemudahan
- Sistem UTM
- Garis Panduan
- Hebahan dan Info UTM
- Infografik
Objektif
- Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan komputer dan perkakasan serta aplikasi di PNS.
- Merancang, mengurus, menyelenggara server dan sistem rangkaian di PNS.
- Merancang dan mengurus perolehan ICT di PNS.
- Menerima dan memproses semua aduan kerosakan ICT mengikut SOP yang telah ditetapkan.
- Merancang, membangun dan menyelenggara sistem aplikasi di PNS.
- Memberikan bantuan teknikal kepada staf dan pelajar PNS.
- Bertindak sebagai medium untuk sebarang pelaksanaan ICT di PNS.
Pengenalan
Unit Teknologi Maklumat (UTM) telah ditubuhkan pada tahun 2007 bersempena dengan penubuhan Politeknik Nilai (PNS) sebagai politeknik yang ke-23 pada 1 April 2007. UTM bertanggungjawab untuk menguruskan segala urusan yang berkaitan dengan ICT termasuk peralatan, perisian, khidmat nasihat dan rangkaian di Politeknik agar berjalan dengan baik dan lancar seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin pesat membangun.
Fungsi
Fungsi utama penubuhan unit adalah untuk:
- Pembangunan dan Pengurusan Laman Web Jabatan(Teknikal)
- Membantu menguruskan perolehan ICT di Politeknik Nilai selain daripada peralatan multimedia (cth: kamera, projektor, sound system, dll)
- Membantu menguruskan Pelaksanaan Sistem Rangkaian Kampus
- Membantu pelaksanaan sistem E-Perolehan,1gfmas , HRMIS ,Adobe ,Autodesk di Politeknik Nilai
- Menguruskan pendaftaran dan permasalahan email myGovUC untuk semua staff Politeknik Nilai
- Membantu memantau perlaksanaan Sistem Keselamatan Kampus melalui rakaman CCTV
- Membantu menguruskan pelaksanaan Sistem Pengurusan Maklumat SPMP
- Membantu mengurus Sistem Pengurusan Perpustakaan Digital (ILMU)
- Mengurus perlaksanaan Pengurusan Aset dan Sistem Pengurusan Aset (MYSPA)
- Melaksanakan penyelenggaraan peralatan ICT
- Melaksanakan aktiviti pelupusan peralatan ICT
- Membantu menguruskan perlaksanaan dan memantau sistem kehadiran Bio-metrik
- Memantau pelaksanaan sistem e-learning bagi kegunaan staff dan pelajar di Politeknik Nilai
- Menguruskan akaun WeBEX dan M365
- Melaksanakan penyelenggaraan server
- Pengurusan Firewall
Kemudahan
Rangkaian Internet Berwayar (Local Area Network)
Kampus Politeknik Nilai telah dihubungkan dengan Sistem Rangkaian Kampus yang telah dibina pada tahun 2012. Sistem Rangkaian Kampus ini meliputi keseluruhan kampus PNS. Setiap Blok di dalam PNS terutama di Blok Kuliah dan Blok jabatan akademik telah dihubungkan dengan Sistem Rangkaian Kampus menggunakan kabel fiber. Jumlah kelajuan talian internet yang dibekalkan oleh MYREN adalah sebanyak 200Mbps.
Keselamatan Akses Internet
PNS menggunakan firewall untuk mengawal setiap akses internet daripada atau ke talian luar. Ini bertujuan bagi memastikan hanya akses yang diyakini sahaja dapat dilaksanakan di samping dapat mengawal maklumat yang diperolehi oleh pelajar dan staff.
Kemudahan Wireless Internet
1. Prasarana WIFI
• Kawasan liputan Wifi merangkumi keseluruhan blok terutama hostel dan kawasan-kawasan terbuka seperti kafetaria.
• Peralatan Wifi ini dipasang dengan dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang di kawal oleh Access Controller.
• Setiap blok asrama dipasang sebanyak 8 unit AP wifi(indoor) dan 1 unit AP wifi(outdoor).
2.2.2 Pendaftaran Pelajar untuk mendapatkan akaun Wifi
• Setiap pelajar baru perlu mendaftar terlebih dahulu setiap kali bermula sesi semester yang baru.
• Pendaftaran dilaksanakan secara atas talian menggunakan Sistem Permohonan Wifi PNS.
2.2.3 Tindakan Naiktaraf WIFI Asrama
• Bermula 13 Julai hingga 17 Julai 2020, UTM telah melaksanakan satu tindakan proaktif dengan menaiktaraf akses WIFI di Blok Asrama.
• Asrama yang terlibat adalah Asrama Perempuan Cengal- P1, Asrama Perempuan Meranti-P2 dan Asrama Lelaki Jati-P3.
• Aktiviti naiktaraf ini melibatkan pertambahan extender di setiap aras bertujuan untuk membolehkan pelajar mendapat akses WIFI dalam jarak yang lebih jauh.
Kemudahan Komputer Pentadbiran, Pensyarah dan Pelajar
• Politeknik Nilai ini telah dilengkapi dengan kemudahan komputer untuk kegunaan pentadbiran dan juga aktiviti pembelajaran.
• Kemudahan ini disediakan oleh Pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia pada 28 September 2012 melalui projek pembangunan RMK10 di bawah tajuk Perolehan Bagi Tender Membekal, Menghantar, Memasang dan Mengujilari Peralatan ICT ke Politeknik Nilai Kementerian Pengajian Tinggi.
• Pengagihan peralatan ICT adalah berdasarkan nisbah 1:1. PNS juga telah dilengkapi dengan 15 buah makmal komputer untuk membantu pembelajaran.
Sistem dan Aplikasi untuk menyokong aktiviti Pentadbiran dan Pembelajaran.
Sistem / aplikasi yang terdapat di PNS bagi menyokong pentadbiran & P&P ialah:-
1. Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik(SPMP) - Menyimpan segala maklumat berkaitan dengan pelajar bermula pada pendaftaran pengajian sehingga tamat pengajian
2. CIDOS – Curriculum Information Document Online Sistem Pengurusan dokumen automatik sepenuhnya yang menguruskan proses memuat naik dan berkongsi maklumat digital / kandungan digital ke dalam satu pangkalan data
3. Sistem Pengurusan Perpustakaan Digital ILMU - Satu sistem pengurusan perpustakaan digital yang komprehensif dan modular
4. Sistem Edaran Surat Online - Urusan penghantaran dan penerimaan surat di PNS
5. Sistem Email - Urusan berkomunikasi dalam waktu singkat.
6. Sistem HRMIS & Esis - Pengurusan Sumber Manusia
7. Sistem 1gfmas - Urusan Kewangan
8. Sistem eperolehan & GPKI - Urusan Perolehan
9. Sistem Pemantauan Pengurusan Aset - Urusan Pengurusan Aset
10. Sistem Aduan Kerosakan Online - Urusan Aduan Kerosakan peralatan ICT
11. Sistem Aduan Maklumbalas - Urusan aduan/maklumbalas pelanggan
12. Sistem Permohonan Wifi - Urusan Permohonan wifi oleh pelajar
Hebahan dan Info UTM
WIFI KAMPUS
Akaun wifi kampus bagi pelajar semester 1 sesi II : 2023/2024 telah di daftarkan pada 01/02/2024,berikut adalah maklumat log masuk pelajar:
1. LOG MASUK WIFI
SSID : PNSWifiStudent
Username : No Kad Pengenalan
Katalaluan :
-> Aksara pertama adalah tiga nama hadapan (dalam huruf besar), seperti dalam SPMP
-> Aksara kedua adalah @
-> 4 aksara seterusnya adalah 4 digit terakhir nombor ID - Kad Pengenalan anda
Contoh:
Nama: SOLAIMAN BIN YUSUF
No Kad Pengenalan : 040114-03-5518
Katalaluan adalah : SOL@5518
Bagi pelajar sesi II : 2023/2024 dan sebelum sila semak menggunakan sistem dalaman wifi di url http://aplikasi.polinilai.edu.my/sis_wifi/
2. PERATURAN PENGGUNAAN & PERSETUJUAN
- Setiap katanama hanya sah digunakan untuk satu(1) peranti sahaja dalam satu-satu masa.
- Pastikan penggunaan huruf dan nombor adalah betul sewaktu memasukkan maklumat username dan password. Sekiranya mempunyai masalah, saudara/i perlu merujuk kepada UTM untuk tindakan selanjutnya.
- Saudara/i akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati menyalahgunakan kemudahan internet di PNS.
- Sekiranya di dapati bersalah, akaun saudara/i akan disekat dan sebarang tindakan selanjutnya adalah di bawah budi bicara JHEP dan UTM.
- Untuk makluman, setiap akses yang dilakukan oleh saudara/i akan di pantau oleh UTM. Oleh itu, sila gunakan talian internet ini dengan penuh berhemah.
- Saudara/i bertanggungjawab sepenuhnya ke atas username dan password. Sebarang kecurian data dan salahguna adalah di bawah pemantauan saudara/i sendiri.
- Pastikan penggunaan internet adalah untuk PdP sahaja. Ini bagi mengelakkan usage bandwidth menjadi congest.
- Pelajar diminta menggunakan talian internet ini dengan penuh amanah bagi memastikan keberkatan dalam mencari ilmu
3. LANGKAH-LANGKAH LOG MASUK WIFI KAMPUS
- Manual Log Masuk Kampus(Windows)
4. TABURAN WIFI KAMPUS
- Pelan Lokasi Taburan
sebarang masalah dan aduan sila emel kan kepadaThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
OFFICE 365
Semua pelajar baharu sesi 1 :2023/2024 telah didaftarkan. Mohon pelajar untuk log masuk ke dalam akaun masing-masing menggunakan maklumat berikut :
URL |
: |
https://www.office.com/ |
Katanama |
: |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (cth: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) |
Katalaluan |
: |
KATAlaluan.71760 |
CIDOS POLYCC
Data pelajar semester 1 Sesi II:2023/2024 telah dimuatnaik ke dalam https://polycc.cidos.edu.my/.Semua pelajar wajib melaksanakan first time login sebelum menggunakan cidos sepenuhnya. Jika ada sebarang masalah boleh maklum pada Unit Teknologi Maklumat melalui emel This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau secara walk-in di Unit ICT.
💻Tonton tatacara untuk login CIDOS pertama kali ⬇
🔗Link: https://youtu.be/pLUNjSWJ7zg?si=pLGV78rLq0pfWHPJ
- Details
- Hits: 2071