Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
Pengenalan
Jabatan Sukan, Kebudayaan dan Kokurikulum, JSKK memainkan peranan penting dalam pengurusan aktiviti sukan, kebudayaan dan kokurikulum pelajar di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Organisasi JSKK terdiri daripada empat (4) unit yang mengurus tadbir iaitu Unit Pentadbiran dan Fasiliti, Unit Sukan, Unit Kebudayan & Warisan dan Unit Kokurikulum.
JSKK berfungsi merancang, mengurus dan melaksanakan program-program berbentuk akademik khusus di bawah urus tadbir Unit Kokurikulum dan juga berperanan dalam membentuk sahsiah pelajar juga menyediakan mereka menjadi graduan seimbang dengan penekanan kepada penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan kebudayaan.
- Details
- Hits: 3282