17 OGOS 2026 | INTERNATIONAL STUDENT INBOUND MOBILITY PROGRAMME FROM UNIVERSITAS NEGERI MALANG
Politeknik Nilai berbesar hati menerima kunjungan delegasi dan pelajar Universitas Negeri Malang (UM), Indonesia menerusi International Student Inbound Mobility Programme.
Sepanjang program, delegasi berpeluang mengikuti sesi pembelajaran, mengunjungi Farmers Market, Pusat Sumber dan Kedai My Inkubator Peruncitan. Kunjungan ini memberi ruang kepada delegasi mengenali dengan lebih dekat pendekatan pembelajaran dan ekosistem keusahawanan di Politeknik Nilai.
Menariknya, kunjungan ke Farmers Market turut mengetengahkan penglibatan aktif pelajar keusahawanan Politeknik Nilai. Pelajar bukan sahaja berpeluang mempamer dan menjual produk, malah mengaplikasikan bakat serta kemahiran keusahawanan sebenar melalui aktiviti perniagaan dan pitching produk kepada delegasi. Pengalaman ini memberi ruang kepada pelajar membina keyakinan, mengasah kemahiran komunikasi serta mempraktikkan ilmu keusahawanan dalam situasi sebenar.
Turut memainkan peranan penting ialah Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Nilai yang bertindak sebagai buddies, mengiringi dan menyantuni pelajar UM sepanjang lawatan. Penglibatan ini memberi pengalaman berharga dalam membentuk kepimpinan, komunikasi, kerja berpasukan dan interaksi antarabangsa dalam kalangan pelajar.
Majlis penutup disempurnakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Politeknik Nilai, Dr. Siti Noridah binti Ali diikuti ucapan wakil delegasi UM oleh Andy Prasetyo Wati, S.Pd., M.Pd., Ph.D., Pensyarah, Faculty of Economics & Business, Universitas Negeri Malang, serta sesi perbincangan kolaborasi, pertukaran cenderamata dan sesi bergambar. Lebih daripada sebuah lawatan, program ini menjadi platform perkongsian ilmu, pengalaman dan budaya serta mengeratkan persahabatan antara Politeknik Nilai dan Universitas Negeri Malang. Semoga jalinan ini terus berkembang dan membuka lebih banyak peluang kolaborasi pada masa hadapan.
- Details
- Hits: 65




