20 - 24 JULAI 2026 | PROGRAM STUDENT VOICE PROJECT
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Nilai telah melaksanakan Program Student Voice Project yang berlangsung di kawasan bersebelahan Bilik Gerakan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Nilai. Program ini melibatkan penyertaan seluruh pelajar Politeknik Nilai.
Program ini merupakan satu inisiatif yang bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk menyatakan sebarang aduan, cadangan serta pandangan berkaitan kemudahan, perkhidmatan dan persekitaran kampus. Melalui program ini, pelajar dapat berkongsi pandangan secara langsung sebagai salah satu usaha untuk mengenal pasti perkara yang boleh ditambah baik demi mewujudkan suasana kampus yang lebih selesa dan kondusif.
Program Student Voice Project juga menjadi salah satu medium bagi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) untuk mendapatkan maklum balas daripada para pelajar serta memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi sepanjang berada di Politeknik Nilai. Maklum balas yang diterima akan dijadikan sebagai panduan dalam usaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) membawa suara dan kepentingan pelajar kepada pihak pengurusan.
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), Politeknik Nilai akan terus komited dalam memperjuangkan suara pelajar serta menjadi penghubung antara pelajar dengan pihak pengurusan bagi memastikan kebajikan, keselesaan dan kepentingan seluruh warga pelajar sentiasa diberi perhatian.
- Details
- Hits: 35




