Seramai 28 orang pelajar Kursus DYL40172 Photography bersama 3 orang pensyarah pengiring telah menyertai Bengkel ‘Nature Outdoor Photography’ di Bukit Jugra, Banting yang bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk mengaplikasikan secara praktikal teknik fotografi yang telah dipelajari sewaktu di dalam kelas. Bengkel ini bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta menerokai teknik fotografi luar, mempelajari tentang pencahayaan semulajadi, komposisi serta penggunaan alat dan aksesori fotografi.

Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat dan menjana impak positif dalam kalangan peserta.