Tahniah dan Syabas kepada dua orang pelajar dan seorang pensyarah dari Politeknik Nilai telah mengharumkan nama institusi mereka dengan gemilang, mewakili pasukan dari Wilayah Persekutuan dan Johor dalam Kejohanan Sofbol Slowpitch Terbuka Kebangsaan kali ke-3 2024 yang berlangsung selama 3 hari di SK Rapat Jaya, Ipoh. Dalam suasana persaingan yang sengit, mereka menunjukkan prestasi yang luar biasa dengan meraih tempat pertama dan kedua. Kejayaan ini tidak hanya mencerminkan dedikasi dan komitmen mereka terhadap sukan tetapi juga membuktikan kebolehan pelajar Politeknik Nilai dalam menghadapi cabaran di pentas yang lebih tinggi. Mereka adalah:

1. En. Azizul Azrin bin Mahmor
    Ketua Jabatan Sukan, Kokurikulum dan
    Kebudayaan (JSKK)

2. Arif Haikal bin Kamaruzaman
    Jabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB)

3. Nor Alif Najmin bin Nor Nizam
    Jabatan Kejuruteraan Mekanikal