PNS TOUCH POINT: PROGRAM JOM SIHAT DAN GOTONG ROYONG PERDANA
Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Politeknik Nilai, Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah merangkap Pengerusi KKRK, Ts. Harun bin Sahat, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik), En. Shuharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengerusi I PUSPANITA, Pn. Nor Hamiza binti Turgimin, Timbalan Pengerusi II PUSPANITA, Dr. Wan Nor Aishah binti Wan Omar K.M.N, Pengerusi Pusat Islam Al - Kauthar, En. Jamalizamani bin Jamaluddin serta team pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan LBJ, Klinik Kesihatan Kuarters KLIA, Klinik Pergigian Kuarters KLIA dan Klinik Kesihatan Nilai.
Program dimulai dengan Senamrobik oleh Warga Politeknik Nilai dan seterusnya Taklimat Cancer Common in Malaysia oleh penceramah Dr. Nor Hidayah binti Sulaiman dari Klinik Kesihatan LBJ serta pemeriksaan kesihatan oleh Dr. Mazura serta team Klinik Kesihatan LBJ dan Kinik Kesihatan Nilai, manakala pemeriksaan kesihatan gigi dan oral canser screening oleh Dr. Abdul Wafiy bin Shamsul Ariffin, Dr. Hazlin Azrina binti Harun, Dr. Fara Alia binti Mohd Saleh, Dr. Hemaareeka a/p K.Mukaya dan Dr. Bryan Chan Hea Kean serta team dari Klinik Kesihatan Pergigian Kuarters KLIA.
Program juga diteruskan dengan Taklimat Gotong Royong Perdana oleh En. Suharzi bin Md Salleh, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik). Program Gotong Royong Perdana ini melibatkan penyertaan semua warga Politeknik Nilai yang diketuai oleh Ts. Kamal bin Haron. Program turut dimeriahkan dengan pelbagai juadah yang disumbangkan oleh warga Politeknik Nilai melalui konsep potluck yang menyerlahkan sikap dermawan dan kebersamaan dalam kalangan semua staf dari jabatan dan unit yang berbeza.
Program diakhiri dengan jamuan pulut durian yang ditaja oleh Tuan Pengarah dan penerima APC 2023.
- Details
- Hits: 164