BENGKEL INDUKSI PEMERIKSAAN TEMPAT KERJA 2024
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Politeknik Nilai telah menganjurkan Bengkel Induksi Pemeriksaan Tempat Kerja. Bengkel ini telah disampaikan oleh Ketua Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Politeknik Nilai, Ts. Kamal bin Haron bertempat di Bilik Raflesia. Bengkel ini telah dilaksanakan untuk memberi pendedahan tentang prosedur pemeriksaan tempat kerja kepada peserta-peserta bengkel yang terdiri daripada Ketua Jabatan/Unit, Ketua Program, Ketua Kursus, Penyelaras OSH Jabatan dan Penyelaras Pengurusan Risiko.
Dalam taklimat ini, Ts. Kamal bin Haron telah menerangkan tentang objektif pemeriksaan tempat kerja, peranan Ketua Jabatan/Unit, Penyelaras OSH Jabatan dan Penyelaras Bilik/Premis di Jabatan/Pusat/Unit berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Jabatan atau premis
- Details
- Hits: 485